Tuesday, December 27, 2011

PENGENALAN

Baru-baru ini saya telah membeli sebuah buku berjudul "derita PALESTIN antara airmata dan perjuangan" terbitan Aman Palestin Berhad. Berikut adalah sebahagian kandungan dari buku tersebut yang ingin saya kongsi bersama anda:


PENGENALAN

Mengapa isu Palestine perlu berada di dalam jiwa seorang muslim?
Realitinya, isu Palestin sejak dulu sehingga kini wajar dijadikan isu utama kepada seluruh masyarakat Arab dan muslim seantera dunia di atas tiga faktor utama:

Pertamanya, kesucian Palestin dan hubungan jiwa yang terjalin antara umat islam dengan tanah suci itu.
Kedua, kebencian yang berakar umbi, sejarah hitam dan ideaologi kebencian Yahudi Zionis terhadap Islam dan masyarakat muslim.
Ketiga, perluasan empayar Barat-Yahudi yang menekan umat islam lemah dan berpecah-pecah serta menjadi satu entiti terasing di bawah telunjuk keasa besar.

Pendudukan yahudi di bawah panji negara Israel pada tahun 1948 di Palesti, tanah yang mendapat tempat di hati ummah muslim, perluasan ketenteraan dan politik kezaliman yahudi telah mengundang kepayahan kepada umat islam yang terpaksa berjuang bermati-matian ke arah kebebasan, penyatuan ummah dan mengembalikan kegemilangan sejarah islam suatu masa dahulu.


Sumber: Buku "derita PALESTIN antara airmata dan perjuangan"
Penerbit: Aman Palestin Berhad

2 comments: